Jangan ada dendam
Kita pernah belayar bersama
Mengharungi gelora di samudera
Kita pernah melangkah bersama
menyelusuri jalan penuh onak dan duri
Bahtera kita pernah bocor dipukul badai
Kaki kita pernah berdarah di tusuk onak berbisa
Kita pernah menghirup erti kebahagian
Kita pernah merasa manisnya madu
Kita pernah mengadun mimpi untik sehidup semati
Dan kita pernah impikan mahligai bahagia bakal milik kita.
Namun panas tidak sampai ke petang
Rupanya hujan di tengah hari
Bahtera kita tengellam di lautan menganas
Mahligai kita hancur terhempas
Impian kita berkecai sejuta
Dan lalu kita melepaskan jalinan jari jemari
Membawa langkah berasingan .
Namun jangan ada dendam diantara kita
Jangan ada benci dijiwa kita
Kerana ini bukan pintaku
Dan bukan jua yang kau mahu.
Bangkok
Julai 2004.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home